Thursday 16 February 2017

2017 hurmmm... masa yg lama tidak bermonolog sendiri

17 February 2017
0244Hrs.

Setelah sekian lama tidak menulis di blog ini, aku menyusuri kemblai sejarah lama bile mula menulis di blog ini.
Sesungguhnya pelbagai yg telah ku alami..

Kadangkala hati kita terdetik:
Kenapa Allah zalim dengan aku?”
Kenapa Allah tidak memberi aku kehidupan yang aman, seperti orang lain?
Mengapa ujian Allah berikan ini terlalu berat, sedangkan aku tidak pernah buat perkara jahat?
Jika perpisahan membuatkan kita hilang arah, jadi apa tandanya Allah sayangkan kita? Bukankah ini Allah zalim? Bukankah ini lebih melemahkan?
Ustaz selalu kata Allah janjikan kebahagiaan untuk hambanya yang berdoa. Selama ni aku tak pernah berhenti berdoa, tetapi mengapa Allah tetap menghukum aku dengan musibah yang benar-benar membuatkan aku terduduk?
Kehidupan kadangkala akan menolak kita jatuh ke bawah tanpa belas kasihan..
Tiada siapa yang mampu melindungi kita daripada realiti ini. Tiada siapa dapat mengelak.

Saturday 27 July 2013

2013. Tahun berehat

Assalamualaikum..

HAhh.. !! tu die.. setahun sekali menulis blog. Tahun 2013 tahun rehat.. mkn tido mkn tido jer la ibaratnyer.
Byk jugak kejayaan dicapai sehingga kini.

Konvo November 2012.



Ke Mekah utk umrah Mac 2013

Friday 3 August 2012

Mampu tersenyum sejenak

3 Ogos 2012/ 14 Ramadhan
Hai,
Lame tak menulis blog ni.. almost one year resign dr NUH, Singapore. kini bekerja di tanah air.
Berita baik hr ni. bersahurkan result final semester pengajian Ijazah Sarjana Muda(honour). Hanya Tuhan yg tahu betapa bahgianya rase, berjaya juga menghabiskan pengajianku. Dari Kelantan ke Singapore, Ke Damansara, Muar, Jakarta dan kini di Sabah. JAuhnyer perjalanan ku nk habiskn pengajian. Syukur Alhamdulillah dapat aku sudahi nyer. Yang tinggal menanti hari Konvo. Sejenak menjenguk blog2 aku tersangkut dengan artikel ini:

Kesulitan pasti ada mengekori kehidupan ini kerana hidup ini akan selalu teruji.  Kita semua sama, berdepan dengan dugaan yang tersendiri, cuma yang membezakan kita ialah cara kita mendepani.
Ketika hati sudah tidak tertanggung derita dan bibir masih sempat mengukir tawa, alangkah indahnya.  Dia sembunyikan segala rasa untuk dicurahkan kepada Allah satu-satunya.  Kerana menampakkan kemuraman wajah di hadapan manusia tidak akan menyelesaikan apa-apa.  Mungkin kita akan memperoleh simpati tetapi selebihnya hanya Allah tahu jalan penyelesaiannya.
Ketika di timpa bencana,senyumlah kerana  ujian adalah tanda kasih sayang Allah.  Tidak Allah biarkan manusia yang disayangNya terlena dalam kenikmatan yang melupakan dia untuk mengingatiNya. Lalu di kirim sedikit ujian supaya manusia itu tersedar dari lena dan kembali padaNya.
Memang benar, cuba bandingkan manusia yang dalam kegembiraan dan manusia yang dalam kesakitan/kesedihan,  berapa lama waktu mereka sempat habiskan di atas tikar sejadah?  Kebanyakan manusia terlalu mudah lupa, dan hanya tersentak apabila Allah mengetuk mereka dengan kegundahan dan masalah.
Tersenyumlah dengan setiap permasalah kerana masalah adalah jalan untuk kita kembali dalam istikharah dan memohon petunjukNya.  Allah sesekali tidak zalim, sentiasa memberikan peringatan untuk hambaNya.  Kehidupan adalah tidak bermakna sedikitpun tanpa mengingatiNya.  Kita bernyawa, berdiri, bersuara dan segalanya adalah dengan izinNya.  Bersyukurlah.
Tersenyum dan bersyukurlah, maka kau tidak akan pernah berasa untuk menuturkan “jikalaulah aku dulu…….”, sedar atau tidak bahawasanya kehidupan ini telah berjalan seiring kehendakNya.  Jika kita berkeluh kesah menyaksikan ujian demi ujian yang sedang merapat, kita akan mudah tersungkur dan meratap.
Kerana kita tidak pernah redha dengan apa yang Allah tetapkan sebagai jalan kehidupan yang perlu kita redah.  Maka bersabar dan berserahlah hidup matimu dan  suka dukamu hanya pada Dia yang maha mengetahui.
Tersenyumlah kerana kita masih bernyawa dan di beri kesempatan untuk meneruskan perjuangan di jalanNya.  Kita masih ada waktu untuk menyelesaikan segala hutang dan pinjaman yang telah kita lakukan.  Kita masih ada masa untuk bertaubat di setiap kesilapan.
Kita masih mampu bersyukur dengan setiap pemberian.  Bandingkan kita dengan mereka yang telah terbaring kaku jasadnya di tanah, mereka sudah tidak mampu berbuat apa-apa.  Apakah  kita masih tidak mengambil iktibar? Kita masih boleh lagi menambah amalan dan ketaqwaan kepada Allah dan menyempurnakan bekalan kita di alam sana.  Tatkala roh dipanggil dan diangkat pergi, menyesal ketika itu sudah tidak bererti!
Dan paling penting, anda terlalu bertuah maka tersenyumlah kerana kita terpilih sebagai seorang MUSLIM.  Kita ada Allah yang sentiasa bersama di setiap langkah kita.  Di setiap hari, kita kan berjumpaNya dalam solat.  Allah izinkan kita meminta padaNya setiap apa yang kita perlu.
Allah damaikan hati kita yang keresahan apabila kita bersamaNya.  Allah maha mengampunkan segala dosa yang telah kita perbuat apabila kita bertaubat.  Allah menjanjikan kita nikmat-nikmat yang tidak terhitung apabila kita bertaqwa.  Allah sediakan ganjaran bagi mereka yang sabar.  Allah mengaturkan kehidupan kita dengan sempurna dan segala yang ditetapkan adalah untuk kebaikan hambaNya.   Ya Allah, terlalu beruntungnya kami.


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/kalian-adalah-insan-yang-mampu-tersenyum-__/#ixzz22UK1UCwK

Friday 16 December 2011

Hatiku tersentak

ohhh tidakk!!!! jahat sgt ke aku nih..

HAtiku tersentak ptg ni.. atas segala yg aku lakukan selama ini, dalam diam aku dipersalahkan...
mengapalah, begitu mudah org mempersalahkan diri org lain tanpa menyiasat...

tah lah,,, luluh rase bile memikirkan kerja dengan company ni... kalo la aku mendapat kerja baru yg lagi baik, memang x teragak aku tinggalkn company ini..

hurm.... mungkin dugaan seorang hamba yg terlalu kerdil... tabah kan jer la hati, memujuk diirr ini..

Ya Allah, hanya padaMua aku berserah,,,

Sunday 30 October 2011

kisah bersambung lagi..

Assalamulaikum...

Hurm,, lama jugak x menulis d sini.. diAri pun x macam diari,, kisah pun xberkesinambungan,...
Selepas 2 bulan d Kota Kuala Lumpur, kini kembali posting ke Muar.. erm.. mungkin kah ini bulan2 terakhir..,, lom boleh nk djangka.. kerna aku sekadar mampu merancang, hanya Tuhan yg menentukan.
Walaupun berbagai perkara yg berlaku sepanjang d KL, termasuk dr ofis, serta melibatkan keluarga sendiri. Pengalaman aku bermalam d IJn utk beberapa hr sudah cukup mengajar aku lebih bersedia utk menghadapi masa depan.. sesungguhnya mak, kasih mu tiada ganti. maaf kirenya hanya secebis tenaga yg mampu anakanda sumbangkan..sejenak terfikir alangkah baiknyer aku berhenti kerja dan menjaga emak jer..herm... tp, byk jugak yg kene fikirkan lagi. Ya Alllah berilah aku petunjuk.
Dari sana dan ke sini aku berjalan, mengapa masih kabur halatuju kku. study, kerja, diri? hurm.. mengeluh sendiri. Ku tabahkan hati megatur langkah-langkah mencari sesuatu yg belum pasti,... kemanakah langkah terbaik harus ku tujui...  Ya Allah ya Rabbi.. sesungguhnya aku dlm kebuntuan... berilah hidayah dan petunujk utk ku dlm merencana yg terbaik dlm hidup ni.
Perlukah aku bertukar tpt kerja lg? peristiwa perbalahan di ofis sebelum ini sudah cukup membuatkan aku perit utk bertugas di bawah bumbung itu.. Ya Allah berat ujian ku kali ini,, seakan yg pernah berlaku ketika meninggalkan usm dulu... malah lebih teruk, masih samar hala tuju ku..
Sesungguhnya aku cuba belajar utk meredhai segala yg berlaku, namun hati ini kerap berbisik, sesuatu.. tetapi masih kelam.. Kepada Mu Ya Allah. aku berserah... permudahkan segala urusanku...

Monday 19 September 2011

Syawal 20

hye,
just arrive from muar n johor bahru last night. penat masih terasa, namun kepuasan untuk bermusafir masih dicari cari.
hari ini aku berhujung minggu di umah Yusli. die buat open house utk kawan2.
huhh
mls plak hr ni,, perasaan nk tido ajer. tp kene gak bergerak mencari barng utk jamuan kat kolej esok.. ..
hurm,,, sambung nanti la daaa

Sunday 4 September 2011

Habis sudah raye thn ini

Salam aidilfitri buat semua.! Agak menyeksakan sambutan hr raye bg ku thun ni.pasal gaji x msuk.
Huhu. 1st time in my life. X ngape la..
Pas ni xtaw la ape lg cabarannyer. Hihi.
Memujuk diri seperti selalu.
Slmt hr raya aidilfitri maaf zahir batin buat semua rakan2 krn x berya bersama pd thn ini.
Lain thn kalo masih bernafas diri ninkiter beraya same kembali.

Sekadar ini dulu coretan pg ni.
Wassalam